24 September 2018
 

 

 
 
Muat-Turunkan Majalah Gemilang dalam Format Acrobat (1.85 meg)
 
     
 
  Majalah Gemilang Edisi Satu

Perutusan Datuk Chong Kah Kiat
YAB Ketua Menteri Sabah



Tarikh 5 hingga 14 September 2002, adalah detik keramat bagi Negeri Sabah apabila berlangsung-nya temasya Sukma Malay-sia bagi kali yangke-Sembilan. Negeri Sabah selaku"Tuan Rumah" perlu membuktikan kecemerlangan, bukan sahaja yang terbaik dalam sejarahpengelolaan, tetapi juga daripada aspek prestasi dan pencapaian atlet-atletnya. Oleh hal yang demikian, semua pihak perlu mengemblengkan usaha dan tenaga agar hasrat yang diidamkan ini akan menjadi kenyataan.

Syabas diucapkan kepada usaha penerbitan Buletin SUKMA IX, Sabah 2002. Saya berharap penerbitan Buletin ini akan membantu di dalam usaha membuat promosi dan publisiti kepada semua lapisan masyarakat. Bukan sahaja dalam negara tetapi juga dari negara luar, khususnya Negara Brunei Darussalam dan Wilayah Utara Australia. Saya berharap segala maklumat yang akan dimuatkan dalam pengisian Buletin ini, bukan sahaja bertujuan memberikan maklumat-maklumat berkenaan SUKMA IX, Sabah 2002, tetapi juga mampu menarik minat pelancong dan keunikkan alam semula jadi di samping penduduk yang berbilang kaum mampu memberikan satu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.

Tema "Keluarga Bercuti Di Sabah" boleh memberikan satu ruang keceriaan kepada pengunjung, kerana selain daripada acara kejohanan yang dianjurkan, banyak lagi aktiviti-aktiviti lain yang boleh dilakukan dengan mengunjungi tempat-tempat menarik yang terdapat di Negeri Sabah.

Terima kashi juga diucapkan kepada Kerajaan Persekutuan Malaysia, kerana memberikan penuh kepercayaan kepada Negeri Sabah menganjurkan temasya Sukan Malaysia pada kali ini. Negeri Sabah berjanji akan memberikan satu persembahan yang terbaik sesuai dengan tema yang dipilih iaitu "Gemilang Di Alaf Baru".


Sekian,
YAB Datuk Chong Kah Kiat.


  Rasional Maskot

Monyet Bangkatan (Proboscis Monkey) antara spesis monyet yang berbadan tegap di samping pergerakan yang agak pantas. Ia hidup secara komuniti sendiri. Monyet ini dipilih sebagai maskot kerana selain daripada keunikan bentuk fizikal serta kebolehannya, monyet spesis ini adalah spesis yang hanya terdapat di Pulau Borneo, di Sabah. Ia memdiami kawasan seperti Sukau ( Sg. Menanggul, Kinabatangan), Sg. Segama (Lahad Datu), Klias (Beaufort) dan beberapa tempat lain dengan populasi yang kecil.

Antara keunikan fizikal yang terdapat dengan spesis ini ialah tubuhnya yang agak besar, hidungnya yang lebar dan panjang, ada yang melebihi dagunya dan juga keadaan ekornya yang agak panjang. Perkara yang menarik berkenaan monyet ini ialah di sebalik tubuhnya yang besar, ia juga boleh bergerak dengan pantas dari dahan ke dahan serta berenang. Maskot ini diberi nama "BAYAU" iaitu panggilan kebiasaan bagi masyarakat Bajau di Sabah.

 



Rasional Logo

Bulatan besar yang melingkari object didalamnya melambangkan keutuhan Integrasi Nasional melalui sukan. Garisan berwarna biru berbentuk gunung melambangkan Gunung Kinabalu, mercu tanda Negeri Sabah dan menjadi kebanggaan NegeriSabah. Antrara gunung yangtertinggi di rantau ini yang sentiasa menjadi cabaran kepada pendaki-pendari baik dari dalam mahupun luar negeri. Garisan ini juga merupakan sebahagian daripada anggota atas(tangan dan bahu) seorang atlet yang penuh ketrampilan.

Bulatan berwarna kuning di atas garisan biru menggambarkan matahari yang melambangkan sinar harapan untuk terus gemilang terutama di bidang sukan di alaf baru ini. Bulatan berwarna kuning ini juga merupakan bahagian atas kepala seorang atlet yang mempunyai penuh keazaman. Manakala garisan merah berbentuk 'S' berwarna merah merupakan huruf pertama bagi perkataan 'SUKMA' dan juga huruf ringkas bagi perkataan Sabah. Di samping itu, ia juga menggambarkan bahagian badan seorang atlet yang penuh bertenaga serta semangat juang yang tinggi. Keseluruhannya, garisan-garisan dan bulatan membentuk lembaga seorang atlet yang sedang beraksi manakala warna-warna garisan dan bulatan adalah warna Jalur Gemilang kebanggaan rakyat Malaysia.

 

<<< | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | >>>