21 Julai 2018
 

 

 
     
 
  LTAKK Sedia Empat Kaunter Khas
(29 Aug 2002) KOTA KINABALU: Sebanyak empat kaunter khas akan disediakan di Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) bagi memudahkan laluan semua ahli kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA IX) yang hadir dari luar Sabah.

Timbalan Setiausaha Tetap II, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Penyuki Matta berkata langkah itu bertujuan melicinkan proses pengurusan ketibaan atlit dan pegawai seluruh negara ke bandaraya itu.

Di samping itu katanya, atlit dan pegawai sukan terbabit yang didatangkan khas ke Sabah sempena SUKMA IX juga diberi kelonggaran oleh Jabatan Imigresen Sabah.

"Kami dimaklumkan bahawa mereka (atlit dan pegawai) tidak perlu mengisi borang imigresen IMM 144 sebaik tiba di LTAKK, sebaliknya borang itu cuma perlu dicop dan dikembalikan kepada kakitangan imigresen ketika pulang.

"Lazimnya, mereka perlu mengisi borang berkenaan di kaunter imigresen, tetapi kita dimaklumkan untuk SUKMA IX, atlit dan pegawai sukan dari luar Sabah diberi keistimewaan ini," katanya di Kota Kinabalu, semalam.

<< mukasurat sebelumnya