19 Julai 2018
 

 

 
     
 
  Datuk Hishamuddin Melawat Pusat Perdagangan Sabah

Diterbitkan oleh : Jabatan Penerangan Malaysia, Sabah
Teks dan Foto : Volintine Jiloh

 






Hishamuddin ( tiga dari kanan ) mendengar taklimat ringkas mengenai Pusat Media SUKMA oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Penerangan, Sabah Encik Almain Ajirul ( dua dari kanan )

SUKMA : Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Hishamuddin Tun Hussin mengadakan lawatan ke Pusat Perdagangan Sabah yang menempatkan Jawatankuasa ICT, Pusat Media, RTM dan Urusetia SUKMA-IX (7/9/02)

Beliau mengambil masa lebih kurang sejam melawat ke kawasan-kawasan tersebut sebelum mengadakan sidang akhbarnya di Pusat Media. Dalam ucapannya beliau berkata, persiapan Sabah merupakan yang terbaik dalam penganjuran SUKMA kerana Sabah melihat penganjuran temasnya ini adalah penting untuk memberi pengalaman kepada negeri-negeri yang akan menjadi tuan rumah pada masa akan datang.

 

 

 


Kita Boleh..... Hishamuddin mengetuai laungan "Kita Boleh" semasa melawat urusetia SUKMA

Menurutnya lagi, kerjasama kerajaan negeri dan persekutuan telah dapat melicinkan persiapan SUKMA dengan penyertaan 3,000 orang sukarelawan.

"Kita dapat melihat idea baru dimana terdapatnya Sekolah-sekolah dan Jabatan-jabatan Angkat serta perkampungan SUKMA yang telah menyediakan penginapan yang selesa kepada Pegawai dan Para Atlit. Di samping itu yang lebih penting lagi, Sabah telah dapat menyediakan sistem ICT yang lebih baik daripada sukan SEA" kata beliau.

 

 

 






Hishamuddin ( dua dari kiri ) beramah mesra dengan Anggota Keselamatan yang turut serta memainkan peranan dalam melicinkan pergerakan Kontijen ke Venue-venue


Sabah terus kekal di tangga teratas dengan mengutip 7 emas, 11 perak dan 11 gangsa dengan kutipan 105 mata, diikuti oleh Pulau Pinang 100 mata dan Selangor 100 mata. Hishamuddin dan Yahya menyemak kedudukan pingat pagi tadi.


<< mukasurat sebelumnya