22 Jun 2018
 

 

 
     
 
  RASIONAL IMEJ KORPORAT
 

Bentuk Matahari, Gunung Kinabalu, bentuk S dan 9 helai daun dapat kita lihat dalam imej korporat yang dipilih. Matahari yang terdapat dalam imej korporat adalah untuk menyatakan bahawa Negeri Sabah ialah negeri di Malaysia yang pertama menerima pancaran matahari. Sekaligus menunjukkan semangat kesukanan yang sentiasa membara dalam diri rakyat negeri Sabah. Manakala Gunung Kinabalu pula merupakan puncak yang tertinggi di Malaysia. Ianya merupakan identiti Negeri Sabah yang terkenal di Persada Antarabangsa. Lengkungan yang berbentuk 'S' membawa maksud "SUKMA" dan "SABAH". Sabah sememangnya kaya dengan flora dan fauna, oleh yang demikian bentuk "9 helai daun" melambangkan Sukan Malaysia, 2002, Sabah adalah merupakan temasya SUKMA yang ke-9.