25 September 2018
 

 

 
     
 
  Senarai Kediaman
No. Kediaman Alamat Penghuni
1 Kolej Kurnia Perdana Kolej Kurnia Perdana Universiti Malaysia Sabah Batu 3, Jalan Tuaran 88450 Kota Kinabalu Sabah Olahraga, Golf, Tenpin Boling, Optimis, Bola Keranjang, Akuatik (Renang & Terjun). Termasuk Optimist(Sabah), Golf(Sabah), Bola Keranjang(Sabah), Tenpin Boling(Sabah)
2 Kolej A Universiti Malaysia Sabah
Kota Kinabalu Sabah
Angkat Berat, Tenis, Silat, Taekwando, Skuasy. Termasuk Silat(Sabah)
3 Kolej B Universiti Malaysia Sabah
Kota Kinabalu Sabah
Bola Sepak, Lawan Pedang, Berbasikal (Lumba Basikal & Basikal Bukit), Memanah. Termasuk Bola Sepak(Sabah)
4 Kolej C Universiti Malaysia Sabah
Kota Kinabalu Sabah
Hoki, Karate
5 Kolej D Universiti Malaysia Sabah
Kota Kinabalu Sabah
Menembak, Tinju, Badminton, Ping Pong, Gimnastik (Artistik & Gimrama). Termasuk Menembak(Sabah), Ping Pong(Sabah)
6 Kolej Kingfisher Kolej Kingfisher Universiti Malaysia Sabah Lorong Raja Udang Bag Berkunci 2073 88999 Kota Kinabalu Sabah Bola Jaring, Wushu, Boling Padang, Judo. Termasuk Bola Jaring(Sabah)
7 JPSM BEG BERKUNCI 5 JLN PANTAI MANIS 89609 PAPAR ATLIT DAN PEGAWAI SEPAK TAKRAW
8 Asrama Komplex Sukan Likas Asrama Komplex Sukan Likas Atlit dan Pegawai Kontingen Negri Sabah Sahaja


  Perkampungan Sukan

Universiti Malaysia Sabah akan menjadi perkampungan utama SUKMA IX, 2002 di mana para Pengurus, Jurulatih dan Atlit akan ditempatkan. Beberapa penginapan di luar kampus-kampus juga akan menjadi perkampungan iaitu Maktab Perguruan Gaya, Kolej Komuniti Yayasan Sabah, S.M. Teknik Likas dan Kompleks Tabung Haji Sembulan, Kota Kinabalu.

Setakat ini kemudahan penginapan untuk Kontinjen SUKMA Ke IX, 2002 di Sabah adalah mencukupi untuk menampung seramai 7,238 orang di Universiti Malaysia Sabah.

Pihak pengelola juga telah mengenalpasti beberapa penginapan di luar kawalan Universiti Malaysia Sabah untuk Kontinjen SUKMA IX, 2002 Sabah yang berjumlah 2,176 orang.

Ini bermakna setakat ini sejumlah 9,414 katil tersedia untuk kegunaan SUKMA IX, 2002 Sabah.

Persembahan Kesenian pada waktu malam akan diadakan. Ini adalah untuk memeriahkan lagi suasana di perkampungan.

  Polisi dan Peraturan Penginapan di Kolej Kediaman UMS (Bagi Atlit-Atlit Kontinjen SUKMA IX)

1.0 PROSEDUR PENDAFTARAN MASUK DAN KELUAR ASRAMA

1.1 Pengurus Pasukan atau seorang wakilnya hendaklah mendaftar masukkan ahli pasukannya di tempat pendaftaran yang ditetapkan.

1.2 Penetapan bilik untuk setiap athlit adalah ditentukan sendiri oleh pegawai pendaftaran kolej kediaman. Penghuni setiap bilik tidak dibenarkan menukar bilik tanpa kebenaran pegawai pendaftaran kolej. Pihak Kolej/universiti tidak akan bertanggungjawab dengan apa-apa kejadian yang tidak diingini berhubung dengan pertukaran tanpa kebenaran tersebut.

1.3 Setiap pasukan secara prinsipnya adalah dibenarkan mendaftar masuk ke Kolej Kediaman 2 hari sebelum bermulanya pertandingan bagi Pasukan itu dan dikehendaki mendaftar keluar (check out) 2 hari selepas tamat pertandingan terakhir pasukannya. Kebenaran tinggal lebih lama dari tempoh tersebut akan diberikan hanya apabila mendapat pengesahan/perakuan daripada urusetia induk SUKMA IX.

2.0 PERATURAN ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN

2.1 Bilik-bilik hendaklah dibersihkan sendiri oleh penghuni setiap hari

2.2 Penghuni yang dengan sengaja merosakkan bahagian bangunan dan barang Universiti akan dikenakan tindakan dan mereka juga diminta membayar balik kos pembaikan dan penggantian.

2.3 Penghuni tidak dibenarkan menampal semua jenis poster atau sebarang bahan berbentuk kertas pada dinding bilik/rumah atau memaku sebarang jenis tampalan yang boleh merosakkan dinding/cermin dengan pin, paku, gam dan kertas tampalan.

2.4 Penghuni tidak boleh menghalang atau menahan seseorang Pegawai Pentadbiran Kolej atau wakilnya daripada memasuki dan membuat pemeriksaan di bilik berkenaan.

2.5 Penghuni tidak dibenarkan membuang sampah atau benda yang tidak mudah hancur seperti plastik, tuala wanita dan lain-lain ke dalam tandas atau saluran air atau parit (longkang).

2.6 Penghuni tidak dibenarkan membuang sampah di merata-rata tempat. Semua sisa-sisa makanan hendaklah dimasukkan dalam plastik dan dibuang ke dalam bakul sampah. Penghuni mestilah memasukkan sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.

2.7 Penghuni DILARANG MEROKOK di dalam bilik kediaman dan kawasan asrama/kolej.

2.8 Penghuni tidak dibenarkan membawa masuk, memiliki. menggunakan apa-apa bahan lucah, racun, dadah dan minuman keras di asrama.

2.9 Penghuni tidak dibenarkan berjudi dan minum arak.

2.10 Penghuni dikehendaki menutup lampu, kipas dan lain-lain suis apabila tidak berada di dalam bilik untuk mengelakkan pembaziran dan kebakaran.

2.11 Penghuni lelaki tidak dibenarkan memasuki kawasan yang dikhaskan untuk penghuni wanita dan juga sebaliknya (kecuali Pentadbiran Kolej dan wakilnya yang bertugas).

2.12 Semua ruang kemudahan hendaklah digunakan dengan cermat oleh penghuni.

2.13 Penghuni tidak dibenarkan menyimpan/membawa/memiliki bahan-bahan yang mudah terbakar seperti minyak petrol dan bahan kimia di dalam bilik. Penghuni juga dilarang menyimpan alat/perkakas yang tajam seperti kerambit/pedang dan lain-lain.

2.14 Kenderaan hendaklah diletakkan di ruang/petak yang telah dibenarkan.

2.15 Penghuni dilarang meletakkan kenderaan di mana-mana tempat yang membahayakan, menghalang atau menyusahkan orang atau kenderaan lain.

2.16 Sekiranya berlaku kebakaran, penghuni yang pertama sekali melihatnya hendaklah membunyikan lonceng kecemasan dan memberitahu Pegawai yang bertugas atau Pejabat Kolej berdekatan DENGAN SEGERA.

2.17 Setiap penghuni hendaklah keluar dari bilik dengan tenang dan berkumpul di satu tempat yang dikhaskan.


3.0 PERHATIAN

Semua penghuni asrama diarah mematuhi semua peraturan di atas demi menjaga ketenteraman dan kebersihan di Kolej Kediaman.

Baca Majalah Gemilang Untuk Mendapatkan Maklumat Lanjut Mengenai Perkampungan Sukan Ini

   
 
 
  Gambar-Gambar Perkampungan Sukan SUKMA ke IX Tahun 2002