22 Jun 2018
 

 

 
     
 
  Rasional Maskot
 

Monkey Bangkatan (Proboscis Monkey)
antara spesis monyet yang berbadan tegap di samping pergerakan yang agak pantas. Ia hidup secara berkomuniti sendiri. Monyet ini dipilih selain daripada keunikan berbentuk fisikal serta kebolehannya, monyet spesis ini adalah spesis yang hanya terdapat di Pulau Borneo.

Di Sabah, ianya mendiami kawasan seperti Sukau(Sg. Menanggul, Kinabatangan), Sg. Segama(Lahad Datu), Klias(Beaufort) dan beberapa tempat lain dengan populasi yang kecil. Antara keunikan fizikal yang terdapat dengan spesis ini ialah tubuhnya yang agak besar, hidungnya lebar dan panjang, ada yang melebihi dagunya dan juga keadaan ekornya yang agak panjang. Perkara yang menarik berkenaan monyet ini ialah di sebalik tubuhnya yang besar, ia juga boleh bergerak dengan pantas dari dahan ke dahan serta boleh berenang. Maskot ini diberi nama "BAYAU" iaitu panggilan kebiasaan bagi masyarakat Bajau di Sabah.