Pasar Filipina
Bersebelahan dengan Pasar Besar Kota Kinabalu.
Pasar ini menjual pelbagai jenis hasil kraftangan
serta mutiara dengan harga yang berpatutan.
|
Pantai Tanjung Aru
Terletak di Tanjung Aru Kota Kinabalu. Pantai
ini sering dikunjungi terutamanya pada hari
Sabtu dan Ahad. Pelbagai aktiviti boleh
dilakukan antaranya perkelahan dan di sini
juga terdapat sebuah taman permainan kanak-kanak. |
Taman Tuanku Abdul
Rahman
Taman ini terletak tidak jauh dari bandaraya
Kota Kinabalu dan hanya mengambil masa 20
minit perjalanan dengan menaiki bot laju.
Ia merupakan gabungan 5 buah pulau iaitu
Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik,
Pulau Sulug dan Pulau Gaya. Taman ini kaya
dengan pelbagai jenis flora dan fauna dan
sesuai bagi aktiviti “Snorkeling”
serta perkelahan.
Taman-taman Sabah
P.O. Box 10626
88806 Sinsuran,
Kota Kinabalu.
Tel: 088-211811
Faks: 088-221001 |
Taman Tun Fuad Stephen
Taman ini terletak di Bukit Padang Kota
Kinabalu di mana kawasan ini dijadikan sebagai
tempat untuk melakukan aktiviti riadah.
Bukan itu sahaja, taman ini juga sesuai
bagi mereka yang ingin menenangkan fikiran.
|
Muzium
Bangunannya adalah berasaskan rekabentuk
rumah panjang kaum Murut dan Rungus. Di
sini terdapat beberapa galeri pameran, gambar-gambar
lama, rekabentuk rumah bagi suku kaum-suku
kaum di Sabah dan sebagainya.
Jabatan Muzium Sabah
Jalan Muzium Beg Berkunci 2013
88566 Kota Kinabalu
Tel:088-253119 |
Masjid Negeri
Masjid Negeri terletak di Sembulan di mana
ia menjadi tumpuan bagi masyarakat muslim
di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu. |
Masjid Bandaraya,
Kota Kinabalu
Masjid ini baru sahaja siap dibina dan namanya
diambil sempena Bandar Kota Kinabalu dinaikkan
taraf kepada Bandaraya Kota Kinabalu. Ia
terletak di Likas yang berhadapan dengan
pantai. |
Bangunan Wisma Tun
Mustapha
Dahulunya bangunan ini dikenali sebagai
Bangunan Yayasan Sabah. Ia merupakan bangunan
kaca yang mempunyai ciri yang unik iaitu
berbentuk bulat dan terdiri daripada 30
tingkat. |
Gaya Street
Ia merupakan sebuah tamu dan hanya diadakan
pada setiap hari Ahad bermula dari pagi
hingga tengahari. Tamu ini menjual pelbagai
jenis barangan. Ia terletak di tengah-tengah
bandaraya Kota Kinabalu. |
KPD Tamu Likas
Tamu ini juga dikenali sebagai Pasar Tani.
Pelbagai hasil pertanian dan perikanan dijual
di sini. Diadakan pada setiap hari Ahad
dari pagi hingga tengahari. Ia terletak
di Tanjung Lipat, Likas Kota Kinabalu. |
Sains Dan Teknologi
Dan Galeri SeniLukis
Pusat ini terletak bersebelahan dengan Muzium
Negeri. Ia mempamerkan bahan-bahan sains
dan teknologi terkini. |
|