<%@language="JavaScript"%> <% Session("_language") = "my"; %> SUKMA 2002
 

 

 
 
     
 
  Garis Panduan Sajian SUKMA IX
   

  Garis Panduan Sajian SUKMA IX
Siapa akan diberikan sajian?

Mereka yang terdaftar di bawah Borang GF1, iaitu
- Ketua Kontingen
- Pengurus pasukan
- Jurulatih
- Atlit (termasuk Penjaga)
- 5 orang Pegawai Urusetia dari setiap kontinjen negeri

back to top

Tarikh Makanan akan dibekalkan?

- Sepanjang kejohanan SUKMA 5 hingga 14 September 2002
- Sekiranya kontingen datang awal/beberapa hari sebelum kejohanan bermula, sajian akan mula dibekalkan mengikut keperluan.
- Tidak lebih dari 2 hari selepas Pasukan dikeluarkan dari Pertandingan

back to top

Apa perlu anda lakukan sekiranya memerlukan sajian di luar tarikh bekalan?

- Maklumkan Jawatankuasa Sajian tentang keperluan anda tidak lebih dari 24 jam tarikh bekalan diperlukan
- Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Tempahan Sajian Luar Jadual (lampiran 1)
- Sekiranya Sajian diperlukan sebelum 01 September atau selepas 16 September 2002, maka ianya mestilah dengan KEBENARAN
  BERTULIS Urusetia SUKMA.

Dalam keadaaan di mana Pasukan berkehendak untuk tinggal melewati tarikh yang dibenarkan, pihak Urusetia SUKMA mungkin meminta agar Pasukan membayar sajian yang akan dibekalkan kelak.

back to top

Masa Sajian

Masa Sajian adalah seperti berikut:
Sarapan Pagi/Kudapan 6.00 pagi hingga 8.00 pagi
Makan Tengahari/Merarau 11.00 pagi hingga 1.00 petang
Makan Malam/Gabi 6.00 petang hingga 8.00 malam
Minum Malam/Induruk 10. 00 malam hingga 11.30 malam

PERHATIAN: PADA MALAM PEMBUKAAN DAN MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN IAITU PADA 7 DAN 14 SEPTEMBER 2002, BEKALAN MAKANAN AKAN DIBERIKAN DALAM BENTUK’PACK FOOD’ SEBELUM KONTINJEN BERTOLAK KE STADIUM LIKAS UNTUK ACARA PEMBUKAAN DAN ACARA PENUTUPAN. MAKAN MALAM AKAN DISAJIKAN PADA JAM 10:00 MALAM SEHINGGA 1:00 PAGI.

back to top

Di mana Sajian akan dibekalkan?

Sajian akan dibekalkan di semua Perkampungan Sukan,
1. Kafetaria A
2. Kafetaria B
3. Kafetaria C
4. Kafetaria D
5. Kafetaria Kurnia Perdana A
6. Kafetaria Kurnia Perdana B
7. Kafetaria Kingfisher Park
8. JPSM, Papar
9. Kompleks Sukan Likas

Sajian juga akan dibekalkan di Tempat pertandingan sekiranya waktu makan berkaitan jatuh semasa permainan sedang berlangsung dan pasukan bertanding tidak dapat balik ke Perkampungan masing-masing.

Walau bagaimanapun Sajian cuma akan dihantar ke Tempat Pertandingan sekiranya Pengurus Pasukan telah membuat permohonan dengan menggunakan Borang Tempahan Sajian di Tempat Pertandingan (lampiran 2) selewat-lewatnya 24 jam dari tarikh sajian diperlukan

Semua penghantaran makanan akan dihantar oleh Katerer yang dilantik. Walau bagaimanapun Pengurus Pasukan haruslah mengambil makanan yang dipesan daripada Katerer

back to top

Sekiranya Pasukan yang bertanding memerlukan makanan di Tempat Pertandingan, siapa yang perlu memaklumkan JK Sajian?

Tanggungjawab ini adalah diserahkan kepada Pengurus Pasukan Permohonan haruslah dikemukakan oleh Pengurus Pasukan kepada Jawatankuasa Sajian dengan menggunakan Borang Tempahan Sajian di Tempat Pertandingan tidak kurang dari 24 jam dari sajian diperlukan.

back to top

Pendaftaran/Pembahagian Buku Kupon Makan

Semasa Pendaftaran Pasukan di Perkampungan masing-masing, JK Sajian akan menempatkan kaunter di Pusat Pendaftaran. Pengurus Pasukan akan diminta mengambil Kupon Makanan berserta dengan Risalah Panduan Sajian SUKMA ke IX.

Setiap Kupon Makanan tersebut mempunyai tarikh dan masa sajian.

Setiap Atlit/pegawai perlu membawa Kupon Makanan mengikut tarikh dan masa sajian ke Dewan Makan pada setiap kali untuk tujuan pengenalan dan pemeriksaan sebelum dibenarkan masuk ke dalam dewan. Petugas sajian akan berada di pintu masuk Dewan Makan untuk mengawal keluar masuk atlit/pegawai.

back to top

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya kehilangan Buku Kupon Makan anda?

Laporkan dengan segera kepada pihak Urusetia.Setiap atlit yang kehilangan Buku Kupon Makanan bolehlah membuat permohonan untuk mendapatkan Buku Kupon Makanan Gantian dengan bayaran RM 20.00

back to top

Sajian di Perkampungan

Sajian di perkampungan adalah secara Buffet. Petugas Katerer yang dilantik akan turut membantu menghidangkan makanan pilihan anda

back to top

Menu Sajian

Menu Biasa Menu Vegetarian
Menu 1 Menu 1
Menu 2 Menu 2
Menu 3 Menu 3
Menu 4 Menu 4
Menu 5 Menu 5
Menu 6  
Menu 7

* Menu Sajian adalah tertakluk kepada sebarang perubahan

back to top

Sajian di Tempat Pertandingan

Sekiranya ada ruang hidangan sajian di Tempat Pertandingan adalah sama seperti sajian di perkampungan. SeKiranya ruang tidak mengizinkan maka makanan berkenaan akan dibungkus dan dibahagikan kepada Pengurus Pasukan yang memerlukan.

Jawatankuasa Sajian akan sentiasa dimaklumkan oleh Urusetia SUKMA tentang ketibaan dan keberangkatan balik mana-mana pasukan. Sekiranya ada pasukan dijadualkan balik awal dari tarikh asal maka Jawatankuasa sajian akan membuat pengurangan bekalan sewajarnya. Pasukan yang dijadualkan meninggalkan Perkampungan tidak akan disediakan sajian kecuali ada tempahan awal.

back to top

Apa yang perlu dibuat selepas makan?

Kerjasama anda adalah diperlukan untuk menyimpan dulang/pinggan makanan di tempat-tempat yang disediakan. Sekiranya anda makan di Tempat Pertandingan maka anda adalah diminta membuang bungkusan dan sisa di tempat yang telah disediakan.

back to top

Sekiranya anda balik awal dari tarikh yang dijangkakan?

Kerjasama Atlit adalah diminta mengembalikan Buku Kupon tersebut kepada pihak urusetia.

PENGURUS PASUKAN ADALAH BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MEMASTIKAN SEMUA BUKU KUPON LEBIHAN
DIKEMBALIKAN KEPADA PIHAK URUSETIA. SEKIRANYA GAGAL CAJ SEBANYAK RM20.00 SETIAP KAD AKAN DIKENAKAN.

Pertukaran hak milik Buku Kupon kepada orang lain adalah tidak dibenarkan sama sekali.

back to top

Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan daripada pihak urusetia sajian ,sila ke Bilik Urusetia Sajian yang terdapat di Perkampungan anda ataupun berhubung terus dengan mana-mana pegawai-pegawai tersebut dibawah:

Nama Telefon
Puan Noorliza Awang Alip 019-8022777
Encik Kenny Chan 016-8807806
Encik Alijus Sipil 019-8207288
Encik Johnny Teoh  
Encik Spanis Gadua 013-8798428
Cik Faradillah Abd Rani 013-8540776
Cik Junainah Abbie 013-8769271
Cik Dayang Zauyah Ali 013-8660160
Puan Nora Datuk Zakaria 019-8019070
Puan Dayangku Haryatie Pengiran Khamis 019-8115515

Kami Sedia Membantu Anda!

back to top



TERIMA KASIH
SELAMAT MENJAMU SELERA